fbpx

Premis spa tawar aktiviti pelacuran digempur Imigresen Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imigresen Johor menyerbu pusat refleksologi dan spa yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di sebuah premis di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan seramai 16 suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran yang berselindung disebalik premis refleksologi dan spa berpusat di bandar raya ini, malam semalam.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada lapan warga tempatan dan lapan warga asing melibatkan enam lelaki dan 10 perempuan.

Menurut beliau, salah seorang lelaki tempatan yang ditahan bertugas sebagai penjaga premis, manakala dua lagi lelaki tempatan bertugas sebagai ‘kapten’.

“Premis itu dikesan menawarkan khidmat seks yang berselindung disebalik perkhidmatan refleksologi dan spa, Bagaimanapun perkhidmatan itu perlu dilanggan secara dalam talian melalui platform Whatsapp dan Telegram bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 40 tahun dan warga asing yang ditahan terdiri daripada rakyat Thailand, Indonesia, Vietnam dan Myanmar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI