fbpx

Piala Dunia 2026: Messi bukti belum hilang bisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI kembali berada pada tahap kecergasan terbaik selepas meledak dua gol ketika membantu Argentina menewaskan Peru pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pagi semalam. - AFP

LIMA, Peru – Lionel Messi membuktikan dia kembali cergas sepenuhnya dengan dua gol buat Argentina menewaskan Peru 2-0 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan di Estadio Nacional semalam.

Para peminat Argentina sebelum ini meragui tahap kecergasan Messi, 36, yang turut disenaraikan dalam dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 disebabkan kecederaan otot dialaminya ketika bersama Inter Miami.

Situasi itu menyebabkan Messi sekadar masuk sebagai pemain gantian pada lewat separuh masa kedua ketika La Albiceleste menang tipis 1-0 ke atas Paraguay di Estadio Monumental, Buenos Aires baru-baru ini.

Bagaimanapun, Messi yang kini hangat diperkatakan bakal menjulang gelaran Ballon d’Or kelapannya hujung bulan ini, menampilkan magis hebatnya dengan membuka tirai jaringan buat juara dunia itu pada minit ke-32.

Messi kemudiannya menggandakan kedudukan berselang 10 minit kemudian dan hampir-hampir berjaya merekodkan hatrik dalam perlawanan itu tetapi jaringan ketiganya dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) disebabkan ofsaid.

Kemenangan itu melebarkan rekod Argentina kepada 14 perlawanan berturut-turut tanpa kalah sejak dikejutkan Arab Saudi 0-1 ketika aksi pertama Piala Dunia Qatar 2022 pada 22 November tahun lalu.

Skuad bimbingan Lionel Scaloni itu juga kekal menerajui carta kelayakan benua Amerika Selatan dengan rekod kemenangan 100 peratus daripada empat perlawanan setakat ini.

Ia pastinya memberikan tonik terbaik buat para pemain Argentina kerana mereka akan berdepan dua tugas sukar menentang Uruguay dan Brazil dalam dua aksi kelayakan seterusnya bulan depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI