fbpx

Awesome TV digantung siaran, kuatkuasa 2 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awesome TV

PETALING JAYA – Awesome TV digantung dari bersiaran di platform MYTV berkuatkuasa 2 November depan.

MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses, meskipun pelbagai usaha diambil dari kedua-dua pihak dalam mencari jalan penyelesaian.

“Penggantungan saluran Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton di atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

“MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak,” katanya.

Tambahnya, MYTV akan kekal komited menawarkan saluran-saluran berkualiti tinggi dan akses kepada pelbagai kandungan yang menarik pada masa akan datang.

Untuk rekod, MYTV merupakan satu-satunya platform di Malaysia yang menyediakan siaran TV Digital yang kini diakses oleh 6.3 juta rakyat Malaysia secara percuma, tanpa sebarang yuran atau caj bulanan.

MYTV juga telah melancarkan aplikasi MYTV Mana-Mana yang membolehkan penonton sedia ada dan rakyat keseluruhannya mengakses rancangan TV dan radio serta kandungan “on-demand” kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI