fbpx

Tampar bekas teman wanita kerana salah faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya baru-baru ini.

GOMBAK – Perselisihan faham dipercayai punca seorang lelaki menampar bekas teman wanitanya di dalam sebuah kereta, Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian itu berlaku pukul 6.30 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa telah ditampar bekas teman lelakinya berusia 22 tahun, akibat perselisihan faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Adiba Mohamad Nordin di talian 012-8819215 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Terdahulu, tular satu video klip berdurasi 22 saat laman media sosial X memaparkan kejadian itu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI