fbpx

‘Founder’ naik gila, pembantu peribadi kantoi curi RM174,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar usahawan tersebut (kiri) mendakwa wang syarikatnya dicuri pembantu peribadinya (kanan).

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh yang juga usahawan mendakwa kerugian RM174,000 akibat diseleweng bekas pembantu peribadinya dan kegiatan berkenaan telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Usahawan itu mendedahkan, kegiatan itu terbongkar selepas suami bekas pembantunya tampil mempersoalkan jumlah wang tunai yang dimiliki isterinya.

Dakwa pempengaruh itu, dia tidak pernah menyangka diperlakukan sebegitu oleh bekas pembantu peribadinya yang juga bertugas sebagai pengurus syarikat yang telah bekerja bersamanya lebih empat tahun.

“Saya tak pernah sangka dia akan ambil duit kerana ketika saya ambil dia kerja, dia memang susah dan terdesak nak bekerja,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Dalam pada itu, dia mendakwa, kegiatan itu tidak dapat dihidunya berikutan telah lama tidak ke pejabat ekoran mengalami masalah kesihatan.

“Saya sakit sehingga tak boleh nak makan. Jadi pembantu saya yang uruskan semua termasuk akaun TikTok.

“Namun, semua ini mula terbongkar selepas dia minta cerai dengan suaminya. Kemudian, suaminya datang berjumpa saya dan bertanya dari mana isteri dia dapat duit banyak.

“Kronologinya, dia minta cerai dan kontoi curang dan semuanya terungkai apabila saya mengambil semula telefon syarikat,” ujarnya.

Dakwa pempengaruh itu, pengurusnya juga telah membelanjakan sejumlah wang bagi membeli sebuah kereta dan sebuah rumah ketika syarikatnya tidak membuat keuntungan.

“Bayangkan di saat saya susah dia beli kereta dan rumah. Jumlah yang dia curi setakat kami kira adalah RM174,000 dan masih ada lagi yang belum habis dihitung.

“Bagaimanapun, ini juga satu pengajaran untuk saya kerana terlalu percayakan orang,” dakwanya.

Tambahnya, dia akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung perkara tersebut untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI