fbpx

SPAN pasang pili cekap air di 16 masjid semenanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sha'ani (tiga dari kiri) bersama AJK Masjid Abu Bakar pada program tanggungjawab sosial korporat anjuran SPAN di Masjid Abu Bakar, Mentakab di Temerloh.

TEMERLOH – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengadakan Program Khidmat Masyarakat dengan melaksanakan penukaran pili konvensional kepada pili cekap air di 16 masjid seluruh semenanjung Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan dan Pendidikan Pengguna SPAN, Muhammad Sha`ani Abdullah berkata, penukaran pili cekap air dengan dengan purata 50 pili setiap masjid berjaya mengurangkan 50 peratus penggunaan air di rumah ibadat itu.

“Pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat penukaran pili telah dilaksanakan sejak 2017 membabitkan antaranya di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

“Program ini bermatlamat untuk menggalakkan penggunaan produk cekap air melalui penggunaan pili cekap air yang membawa impak positif kepada penurunan kadar penggunaan air per kapita setiap hari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan program tanggungjawab sosial korporat anjuran SPAN di Masjid Abu Bakar, Mentakab di sini hari ini.

Menurutnya sejumlah 60 pili cekap air akan dipasang di masjid Mentakab dalam usaha menjayakan kempen penjimatan air.

Beliau memberitahu di Pahang, SPAN telah menaja tiga buah masjid iaitu Masjid Negeri Pahang (Sultan Ahmad 1) Kuantan, Masjid Al Rahmat Felda Lembah Klau, Raub dan Masjid Abu Bakar, Mentakab

Sementara itu Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, TS. Mohd. Fazil Ismail berkata, SPAN mengawal selia industri perkhidmatan air berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air (AIPA) 2006 (Akta 655) yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari, 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI