fbpx

Sah atau tidak akad nikah tertakluk hukum, peraturan negeri – Mohd Na’im.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada penerima pada Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Yadim di Hotel Everly, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Sah atau tidak sesuatu akad nikah tertakluk kepada peraturan dan hukum ditetapkan pihak berkuasa agama di negeri berkenaan.

Itu jawapan diberikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mohktar ketika mengulas mengenai isu lafaz kabul ringkas oleh pelakon veteran, Sabri Yunus ketika akad nikah baru-baru ini.

Mohd Na’im berkata, hukum dan peraturan itu tertakluk kepada siapa yang berkuasa iaitu mufti yang dilantik.

“Di Wilayah Persekutuan adalah (kuasa melantik) Yang di-Pertuan Agong dan di negeri pula adalah Sultan bagi negeri-negeri.

“Dalam bab perkahwinan ini, kita lihat dari sudut hukum dan ia sudah dijelaskan dalam kaedah perkahwinan termasuklah di Perlis iaitu macam mana orang yang mengahwinkan dan orang yang menerima perkahwinan.

“Adakah mungkin cukup sekadar aku terima seperti yang ditawarkan kepada ku macam Inggeris kata ‘I do’,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Apresiasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), hari ini.

Mengulas isu berkenaan, Mohd Na’im berkata, pihak yang berkuasa untuk menentukan sama ada perkahwinan itu sah atau tidak ialah badan agama yang berkuasa di Perlis dan yang diluar (pihak lain) sekadar boleh memberikan pandangan sahaja.

Menurutnya, jika mahu tegakkan sesuatu hukum ia mestilah berdasarkan mazhab dan peraturan itu juga ditetapkan oleh pemerintah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI