fbpx

Lebih 40 kuarters polis di Kelantan akan dinaik taraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis yang dinaikkan pangkat pada Majlis Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan di Jalan Telipot, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

KOTA BHARU – Lebih 40 kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini akan dinaik taraf selepas peruntukan RM2.4 bilion diberikan kepada penjawat awam termasuk warga PDRM pada pembentangan Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebahagian peruntukan itu akan digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk membina kuarters baharu dan menaik taraf kemudahan tersebut yang uzur.

Menurutnya, kuarters yang dikenal pasti akan dinaik taraf antaranya Wakaf Mek Zainab dan Kemumin di sini selain beberapa buah lagi di Pasir Puteh.

“Peruntukan itu seperti satu bonus atau durian runtuh kepada seluruh warga PDRM dan ini menjadi pemangkin untuk kita bekerja lebih kuat.

“Sebanyak lima pasukan pemantau ditubuhkan untuk memantau mengikut zon agar segala kerja-kerja naik taraf dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan di Jalan Telipot di sini hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut memakaikan pangkat kepada lima pegawai polis yang dinaikkan pangkat daripada Asisten Superintendan kepada Deputi Superintendan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI