fbpx

EPL: Ratcliffe kawal operasi bola sepak Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RATCLIFFE bakal diberikan tanggungjawab untuk menguruskan operasi melibatkan bola sepak di United selepas tawarannya menguasai 25 peratus saham bakal disahkan. - AFP

MANCHESTER – Pasukan Sir Jim Ratcliffe dilaporkan akan mula memasuki Old Trafford untuk mengawal proses operasi bola sepak Manchester United selepas dilaporkan berjaya menguasai 25 peratus saham kelab tersebut.

Taikun petrokimia itu dilaporkan berjaya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan sebahagian hak pemilikan kelab itu selepas bilionair Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al-Thani membuat keputusan menarik diri daripada persaingan.

Ratcliffe yang merupakan peminat United sejak sekian lama dilaporkan perlu membayar sekitar £1.4 bilion (RM8.03 bilion) hingga £1.5 bilion (RM8.6 bilion) untuk mendapatkan pegangan 25 peratus saham kelab tersebut.

Kertas cadangan daripada pihak Ratcliffe bakal disahkan dalam tempoh terdekat dan kumpulannya akan diberikan tanggungjawab untuk mengawal urusan perniagaan melibatkan aktiviti bola sepak.

Bagaimanapun, beberapa urusan lain melibatkan keseluruhan operasi kelab itu masih memerlukan persetujuan dan sokongan daripada Keluarga Glazer yang masih kekal sebagai pemegang saham terbesar United.

Sheikh Jassim sebelum ini cuba mendapatkan hak pemilikan penuh kelab itu dan berjanji untuk melangsaikan hutang serta menyuntik dana bagi proses pembangunan stadium serta mendapatkan pemain berkualiti.

Bagaimanapun, beliau membuat keputusan menarik dari daripada perlumbaan untuk mendapatkan hak tersebut apabila menyifatkan Keluarga Glazer tidak serius dan lebih gemar bermain tarik tali.

Dilaporkan, Sheikh Jassim dan rombongannya sedang melihat potensi untuk membuat pelaburan di Tottenham Hotspur. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI