fbpx

‘Arwah berulang kali beritahu dia akan maut dalam kemalangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mangsa, Nur Aisyah Muli, 49, tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson semalam.

PORT DICKSON – Seorang mualaf yang maut dalam nahas jalan raya pada Ahad lalu berulang kali menyatakan kepada rakan serumah bahawa dia akan meninggal dunia dalam kemalangan. 

Perkara itu diceritakan rakannya, Muhamad Norhuzairi Che Azmi, 21, yang memberitahu arwah Muhammad Qusyairie berkata demikian kepadanya pada Khamis minggu lalu. 

“Arwah Muhammad Qusyairie berkelakuan pelik, malah berulang kali memberitahu bahawa dia akan meninggal dunia dalam kemalangan sejak Khamis lalu.

“Tanda-tanda pelik yang ditunjukkan arwah seperti badannya sejuk, kurang selera makan, lesu dan kurang bercakap sebelum ‘pergi’,” katanya ketika ditemui. 

Menurut lelaki itu,arwah memeluk Islam pada April lalu selepas tertarik melihatnya menunaikan solat dan membaca surah Yassin.

Jelasnya, arwah Muhammad Qusyairie juga turut minta maaf sekiranya dia ada melakukan sesuatu tindakan yang membuatnya terguris. 

“Dia (arwah) kata balik dari kerja nanti, dia akan kemalangan dan mati. Saya minta arwah supaya tidak bercakap sedemikian, nanti saya tiada kawan,” katanya yang tinggal serumah dengan arwah sejak setahun lalu.

Sebelum ini Kosmo! Online melaporkan Muhammad Qusyairie yang bekerja sebagai pekerja restoran dan seorang lelaki berusia 54 tahun maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dalam kejadian pukul 3.20 petang di Kilometer 8, Jalan Pantai di sini.

Jenazah Muhammad Qusyairie diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Intan Perdana di sini selepas proses bedah siasat selesai semalam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI