fbpx

Serpihan tulang dipercayai milik manusia atas bumbung bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MANJUNG – Serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemui atas bumbung bangunan sebuah syarikat bersebelahan Bank CIMB di Sitiawan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu daripada seorang wanita pada pukul 10.20 pagi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak. Turut ditemui beberapa potongan pita lekat berwarna hitam, cebisan kain dan bendera Perak.

“Polis turut menemui cebisan baju kemeja berwarna putih, sarung bantal berwarna biru, dua bungkusan plastik berwarna merah dipercayai berisi tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau berhulu plastik hitam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, rangka tersebut kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.

Pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI