fbpx

Mimpi rumah tinggalan nenek, tidur selalu ‘ditindih’ petanda badan ada jin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jika seseorang itu sering bermimpi rumah lama tinggalan arwah nenek, itu adalah salah satu petanda badan mereka ‘dihuni’ jin.

Perkara itu didedahkan oleh seorang perawat perubatan Islam dikenali sebagai Al-Taqwa Live menerusi satu klip video di aplikasi TikTok.

Menurut perawat tersebut, tanda lain badan dihuni jin termasuklah kerap ‘ditindih’ makhluk halus semasa tidur.

“Petanda lain termasuklah kerap bermimpi menyusukan bayi serta sering bermimpi tandas kotor.

“Salah satu perkara yang kerap dialami pesakit. Rupanya ada jin yang menempel di dalam tubuh badannya selepas diruqyah,”kata perawat itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen termasuklah mereka yang mengalami perkara sama.

“Alamak mimpi menyusukan baby dengan mimpi rumah arwah nenek tu selalu sangat,”kongsi @afrina ramsey.

“Selalu mimpi kena ganggu dengan ular besar hitam , jatuh bangunan, mimpi nampak api, pergi berubat, ustaz kata saka,”kata “@A|M.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @eshal mikayla.

“Masa sekolah rendah hingga menengah kerap mmpi ular, masa tu tak tau lagi bab sihir ke saka macam tu. Bila dewasa baru tau hal-hal gini rupanya berkaitan saka dan jin,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI