fbpx

Dua sepupu lemas bot karam di Sungai Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mangsa lemas selepas terjatuh dari bot di Sungai Perak tengah hari tadi. - Foto IHSAN JBPM PERAK

LUMUT – Dua sepupu ditemui lemas selepas bot yang mereka naiki dipercayai karam dalam kejadian arus deras di muara Sungai Perak, di Kayan, di sini tengah hari tadi.

Mereka yang bekerja sebagai nelayan dikenal pasti sebagai Mohamad Afandy Mamosati dan Mohd. Amirul Azril Mohd. Shafiee. Kedua-dua mangsa berusia 34 tahun.

Difahamkan, sewaktu kejadian, mereka dalam perjalanan membawa bot dari Jeti Sungai Tiram, Lekir ke Kampung Sejagop, Kota Setia, untuk dibaiki selepas bot tersebut mengalami kerosakan pada bahagian badannya.

Jeti Sungai Tiram, Lekir terletak di kawasan perairan laut Selat Melaka, manakala Kampung Sejagop terletak di tebing Sungai Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.58 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan tiba di Jeti Kayan pada pukul 8.40 pagi.

“Tindakan operasi pasukan ialah membuat pencarian di permukaan kawasan mangsa dipercayai terjatuh,” katanya hari ini.

Mangsa ditemui dalam keadaan terapung oleh nelayan pada pukul 1.45 tengah hari, tidak jauh dari kawasan mereka dipercayai terjatuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI