fbpx

Dia tetap ibu saya, doa hanya dari jauh – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Penyanyi Shila Amzah tetap akan bersemuka dengan ibunya, Fauziah Sarman bagi merungkai salah faham yang tercetus antara mereka.

Katanya, hanya masa yang akan menentukan pertemuan itu memandangkan perkara berkenaan membabitkan soal perasaan yang tidak boleh dipaksa.

“Saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biarkan hal ini reda serta dapat diselesaikan secara semula jadi  tanpa gesaan sebab setiap benda pun memerlukan masa.

“Macam saya cakap tadi, kita tak mahu memaksa, tetapi buat masa sekarang saya dan Syahir cuma boleh berdoa dari jauh agar semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Sudah tentu saya akan jumpa emak, sebab itu tetap ibu kita, cuma waktunya bukan sekarang, biar masa dan jodoh menentukan,” katanya ketika ditemui selepas program Famili Duo musim tiga (FD3), malam tadi.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah yang bergandingan dengan adiknya, Amir Syahir, 28, dalam program terbitan TV3 itu turut berharap orang ramai mendoakan hubungan bersama ibu mereka kembali pilih.

Malah, penyanyi Memori Tercipta itu lebih selesa mengambil pendekatan enggan lagi membalas dakwaan yang dilemparkan seorang lagi adiknya, Amir Syafiq, 30.

“Saya tak boleh cakap lebih-lebih kerana pada akhirnya isu ini membabitkan hal keluarga, tambahan pula saya pun bukan jenis yang suka cakap-cakap.

“Kebenaran belum keluar lagi sepenuhnya. Apa yang dikongsikan sebelum ini hanya sikit tapi bukanlah saya berhasrat nak dedahkan, kita kena simpan sendiri hal ini,” ulasnya lagi.

Ditanya sama ada krisis dengan dua saudara terdekat termasuk adik bongsu Syada atau Nursyuhada, 25, menjejaskan fokus terhadap pertandingan, akuinya kehidupan tetap perlu dilalui seperti biasa.

Malah ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, selisih faham dengan adik beradik adalah sesuatu yang terjadi tanpa dijangka, namun perlu dihadapi dengan tenang.

“Macam masalah teknikal yang berlaku atas pentas, kita kena teruskan persembahan, begitu juga dengan situasi yang dilalui kini, jalan terus.

“Bukan nak cakap saya tak stres langsung, memang sampai tak tidur nyenyak, Syahir pun sama tapi sebab kami dalam bidang hiburan ini kena buat muka okay.

“Sesungguhnya hal ini juga sangat mematangkan saya sebagai seorang manusia, ibu, anak, kakak dan isteri. Paling utama apabila situasi dalam keluarga terjadi, kami dapat alihkan fokus ke Famili Duo,” ulasnya.

Sebelum ini, krisis dalaman keluarga Shila bermula selepas Syada membuat luahan mencari rumah sewa disebabkan bakal dihalau keluar dari kediaman yang didiami bersama ibu mereka.

Menjelaskan keadaan, nak sulung daripada empat bersaudara itu membuat balasan dalam sesi siaran langsung Instagram mendedahkan pelbagai perkara termasuk bekerja pada usia muda, selain pernah dikasari Syafiq.

Penyanyi itu turut memperincikan penjualan rumah banglo miliknya serta sikap sebenar Syafiq dan Syada sehingga ibu mereka pula tampil yang menghangatkan lagi konflik terbuka keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI