fbpx

Cuaca buruk di tujuh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku di tujuh negeri pagi ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawang MetMalaysia hari ini, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat di negeri Perlis dan Perak.

“Di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka mengalami hujan lebat di satu dua tempat di kawasan pantai.

“Selain itu di Sabah, hujan dijangka berlaku di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan Johor pula diramal tiada hujan berlaku,” jelasnya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI