fbpx

Bantuan Awal Persekolahan RM150 diteruskan, dibayar Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diteruskan dan pembayaran akan dibuat pada awal Januari tahun hadapan.

Menerusi satu kenyataan, KPM berkata, pada Belanjawan 2024, kerajaan telah memperuntukan RM788,130,000 khusus untuk tujuan BAP.

Jelasnya, bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang
murid.

“Bantuan BAP akan disalurkan bermula bulan Januari 2024 melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,”kata KPM.

Mengulas lanjut, KPM berkata, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di bawah: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI