fbpx

Boikot syarikat antarabangsa salur dana kepada Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim

GEORGE TOWN – Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama digesa memboikot syarikat-syarikat antarabangsa yang menyalurkan dana kepada rejim Israel.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, terdapat juga syarikat antarabangsa menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Gaza.

“Saya menyeru rakyat Malaysia memulaukan kesemua syarikat antarabangsa yang menyalurkan dana kepada Israel. Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab kemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin untuk meringankan penderitaan mereka,” katanya di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan mengesahkan sekurang-kurangnya 2,269 penduduk Palestin terbunuh dan 9,814 cedera akibat serangan Israel di Gaza dan Tebing Barat.

Dalam pada itu, Wan Salim berkata, Amerika Syarikat (AS) perlu menghentikan polisi ‘double standard’ yang dipraktikkan negara itu selama ini termasuk menyokong Ukraine menentang Rusia, sedangkan di Palestin menyebelahi penjajah Israel.

”Malah mereka membantu menyerang rakyat yang berjuang untuk mengembalikan hak dan negara mereka yang dirampas oleh Israel sejak tahun 1948,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI