fbpx

Belanjawan 2024 : Kira tak hebat mana dalam formula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris ketika ditemui selepas konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas (Pusat) hari ini - . FOTO Syakir Radin

SHAH ALAM – Cadangan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan kepada lapan peratus disifatkan sebagai ketandusan formula sehingga akan membebankan rakyat.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, sepatutnya kerajaan perlu mencari sumber-sumber lain bagi memastikan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat.

Katanya, kenaikan cukai itu juga boleh menyebabkan harga barangan melambung naik.

“Patutnya dalam keadaan rakyat ketika ini, kamu (kerajaan) kena cari sumber-sumber lain. Tetapi, tiba-tiba (mahu) naikkan sampai lapan peratus. Ini berikan kesan kepada semua orang.

“Memang bukan waktu sesuai. Awak (pemimpin kerajaan terutama Pakatan Harapan) hebat, boleh cari formula.

“Namun (mahu meningkatkan cukai perkhidmatan), boleh buat begini. Kira tidak hebat mana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas (Pusat), hari ini.

Pada pembentangan Belanjawan 2024 sebelum ini kerajaan bercadang menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding 6 peratus sebelum ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim manyatakan ia adalah beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara, pada masa yang sama tidak membebankan majoriti rakyat.

Bagaimanapun peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI