fbpx

7,000 penduduk Kampung Felda Bukit Cherakah berisiko kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Felda Bukit Cherakah melakukan bantahan terhadap pemindahan laluan itu, hari ini. FOTO: AMIN AZMAN/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Lebih 7,000 penduduk di Kampung Felda Bukit Cherakah kesal dengan tindakan pemindahan jalan masuk utama ke penempatan itu yang lebih curam dan berisiko kemalangan.

Malah, laluan baharu akan dibina itu sering digunakan lori bagi laluan Puncak Alam ke Meru seterusnya menambah kegusaran terhadap keselamatan kepada penduduk.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Gerakan Generasi Kedua kampung itu, Faizal Rahman, 39, penukaran laluan itu hanya diketahui penduduk menerusi pekerja yang melakukan kerja pengukuran di laluan tersebut.

Katanya, laluan baharu tersebut dipercayai akan dibina berhampiran selekoh berbukit bertentangan dengan Pusat Koreksional Puncak Alam, Jabatan Penjara Malaysia.

“Penduduk langsung tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai perubahan laluan itu. Tidak tahu apa alasan mereka hendak tutup jalan tersebut ( sedia ada).

“(Laluan baharu) terlalu bahaya kerana curam dan selekoh berbukit. Lokasi itu pun kerap kali berlaku kemalangan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, kira-kira 100 orang berhimpun secara aman dekat Jalan 1 kampung tersebut bagi menyatakan bantahan terhadap pemindahan laluan masuk.

Penduduk turut menyerahkan memorandum dan petisyen yang ditandatangani 460 penduduk kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Maskor Tumiran.

Tegas Faizal, pemindahan laluan utama itu turut dibimbang menjejaskan perniagaan kedai runcit, warung dan bengkel kereta.

Tambah beliau, pihaknya tidak menolak pembangunan namun biar relevan dan memudahkan penduduk sekitar.

“Sekarang ini, bukan sahaja perjalanan akam harian terancam malah perniagaan turut terjejas.

“Kita juga akan mengemukakan memorandum bantahan berhubung isu ini kepada Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada minggu depan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI