fbpx

Ugut, cederakan ketika bincang korek pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki diberkas bagi membantu siasatan kes mengugut dan mencederakan seorang mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Bestari Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek berusia 42 tahun ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, kira-kira pukul 5.45 petang, 9 Oktober lalu.

Katanya, kejadian berpunca ketika beberapa peneroka sawit berbincang dengan pengusaha syarikat mengenai kerja pengorekan pasir di kawasan ladang berkenaan.

“Sewaktu perbincangan itu, salah seorang pengusaha dikatakan mengeluarkan ugutan jenayah. Selain itu, dia didakwa sengaja mendatangkan cedera dengan senjata kepada salah seorang pengusaha kebun tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, mangsa berusia 23 tahun kemudian tampil membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

“Polis telah melengkapkan siasatan dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mendatangkan cedera dengan senjata dan ugutan jenayah,” ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan pertengkaran berlaku antara dua kumpulan di kawasan ladang kelapa sawit itu semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI