fbpx

Skuasy disenaraikan di Sukan Olimpik Los Angeles 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN skuasy muda negara, Aira Azman juga antara nama yang bakal menjadi harapan besar buat Malasyia jika sukan itu membuat penampilan di Olimpik LA28. - AFP

KUALA LUMPUR – Harapan menggunung seluruh peminat sukan tanah air untuk melihat skuasy dipertandingkan di pentas Sukan Olimpik akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Difahamkan, Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah meluluskan lima sukan tambahan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Penganjur pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Selain skuasy, kriket, besbol dan sofbol, lacrosse serta flag football juga antara sukan yang mendapat sokongan daripada Lembaga Eksekutif IOC.

Sukan seperti pentatlon moden termasuk obstacle racing dan angkat berat kembali tersenarai di LA2028, namun peluang tinju dilihat samar untuk dipertandingkan pada pentas berprestij itu nanti.

“Pemilihan lima sukan baharu ini selaras dengan budaya sukan Amerika. Sukan-sukan ini akan menjadikan Sukan Olimpik LA28 unik,” menurut kenyataan Presiden IOC, Thomas Bach yang dipetik daripada laporan The Inside Games.

Ia sekali gus memberi sinar baharu buat industri sukan tanah air yang sememangnya merupakan kuasa besar skuasy dan dikenali seluruh dunia menerusi pencapaian Datuk Nicol David sebelum ini.

Biarpun legenda skuasy dunia itu sudah bersara pada 2019, namun Malaysia masih memiliki ramai pemain berkualiti besar seperti juara Asia lelaki dan wanita, Ng Eain Yow serta S. Sivasangari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI