fbpx

Ramai berenang, tak naik jet ski Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja aktiviti air menolak jet ski yang disewa pelancong di Pantai Chenang, Langkawi

LANGKAWI – Pemain industri pelancongan di sini runsing apabila perlu terus ‘mengorek tabung’ bagi menampung kos perniagaan susulan kekurangan pelancong ke pulau peranginan itu sejak sekian lama.

Situasi itu dapat dilihat sejak negara membuka pintu sempadan sejak awal tahun lalu selepas ancaman Covid-19.

Tinjauan di Pantai Chenang di sini mendapati, pengunjung pantai tersebut dilihat berkurangan dengan kebanyakan jet ski yang disewakan hanya ‘tersadai’.

Seorang pemain industri yang juga pemilik JM Watersports, Mohd. Jafri Juhari, 38, berkata, kekurangan pelancong semakin ketara sejak isu tular me­ngatakan Langkawi ‘mahal’ dibandingkan dengan negara jiran.

“Tidak adil untuk memban­dingkan Langkawi dengan Hatyai, kerana apa yang ditawarkan di dua tempat ini adalah berbeza.

“Lagipun, ada banyak tempat makan dan aktiviti dengan harga berpatutan yang boleh dikunjungi pelancong di sini,” katanya di sini semalam.

Justeru, dia berharap Tourism Malaysia Langkawi dan LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) melakukan lebih banyak promosi bagi menarik semula pelancong ke sini.

Sementara itu, seorang pekerja aktiviti air dikenali Shah, 32, berkata, kekurangan pelancong semakin menekan apabila dalam seminggu hanya satu jet ski ­disewa.

“Kadang-kadang jet ski hanya diletakkan saja di pantai, sebab tiada yang mahu sewa. Feri penuh dengan orang masuk tetapi tiada yang mahu bermain jet ski.

“Walaupun ada pelancong masuk ke Langkawi, mereka pilih aktiviti yang percuma atau jauh lebih murah. Mungkin ramai terpaksa berjimat dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat,” ujarnya.

Tambahnya, isu perjalanan feri yang tidak fleksibel juga menyebabkan pelancong semakin berkurangan.

“Saya berharap perjalanan feri ditingkatkan kekerapan bagi memudahkan pelancong untuk ke Langkawi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI