fbpx

NFCorp: Tuduhan selama 12 tahun hanya fitnah semata – Suami Shahrizat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Salleh (baju putih) ketika hadir ke mahkamah sebelum ini.

PETALING JAYA – Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam jelas membuktikan beliau dan ketiga-tiga anaknya tidak bersalah.

Malah kata Mohamad Salleh, semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau dan keluarga selama 12 tahun itu hanyalah fitnah semata-mata.

“Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Taala kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan ke atas saya dan keluarga selama lebih 12 tahun, akhirnya terbukti salah.

“Terang lagi bersuluh, Hakim Anand Ponnudurai membuat keputusan berasaskan fakta sabenar bahawa tiada penyelewengan atau apa jua salah laku malah semua urusniaga termasuk pembelian hartanah dijalankan dengan tatakelola yang betul mengikut perjanjian pinjaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Salleh berkata, walaupun telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘mahkamah pandangan awam’, namun beliau reda dengan ujian tersebut.

“Alhamdulillah, pada hari Jumaat penghulu segala hari semalam menyaksikan bahawa perundangan negara telah menegakkan kebenaran. Saya reda dengan ujian yang telah ditimpa ke atas saya dan keluarga,” ujarnya.

Beliau menambah, isterinya bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil turut menjadi mangsa politik tohmahan dan penganiaan itu.

“Bila beliau dengan rela hati meletakkan jawatan dalam Kabinet akibat fitnah-fitnah berkenaan pada masa itu, saya juga pasrah,” luahnya.

Terdahulu media semalam melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Mohamad Salleh bersama-sama tiga anak mereka, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah dibebas dan dilepaskan daripada saman kerajaan membabitkan RM253.6 juta.

Hakim Anand Ponnudurai dalam penghakiman berkata, tiada berlaku sebarang salah guna atau pecah amanah dalam mana-mana urusniaga yang dijalankan oleh NFCorp. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI