fbpx

Alor Gajah, Batu Pahat catat IPU tidak sihat pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi tadi.

Berdasarkan jadual IPU dipaparkan di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kedua-dua kawasan itu melibatkan negeri Melaka dan Johor.

Katanya, Alor Gajah di Melaka mencatatkan IPU tidak sihat paling tinggi iaitu 162, manakala bacaan IPU di Batu Pahat pula adalah 160.

Sementara itu tinjauan Kosmo! di laman APIMS juga mendapati kebanyakan kawasan lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU bawah 100 iaitu sederhana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI