fbpx

[VIDEO] ‘Parking kereta menyusahkan orang!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian, kereta yang parkir di bahu jalan.

PETALING JAYA – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemilik kenderaan meletakkan kereta di bahu jalan telah menyebabkan sebuah bas gagal melaluinya hingga mengakibatkan jalan sesak.

Situasi itu tular di laman TikTok apabila satu video memaparkan mengenai pemandu bas berkenaan menahan sabar kerana tidak dapat melalui jalan tersebut walaupun telah membunyikan hon berkali-kali, namun pemilik tetap tidak munculkan diri.

Rata-rata netizen marah dengan sikap pemilik kenderaan yang mementingkan diri dan tidak cakna dengan isu keselamatan dan kemudahan pengguna lain.

“Mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap semua kenderaan yang menghalang jalan.

“Kawasan seperti ini, saman pun tak guna sebab semua buat tak tahu. Pihak berkuasa sepatutnya angkut semua kereta itu,” kata Ayul.

“Percayalah, tuan empunya kereta itu semua dengar tapi mereka saja buat tidak endah,” tambah Haqemy Hezey. – KOSMO! ONLINE

@positive_doubt Bila dah pentingkan diri sendiri, parking kat selekoh, bas tak boleh lepas. Patut polis trafik selalu saman kat sini.#tiktokmalaysia ♬ original sound – Khir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI