fbpx

Sindiket curi motosikal berkuasa tinggi tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara motosikal berkuasa tinggi yang dirampas oleh pihak polis.

SEPANG – Polis berjaya menyelesaikan enam kes curi motosikal berkuasa tinggi sekitar daerah ini dan Kuala Langat susulan penahanan empat suspek semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya turut menemui semula lima buah motosikal jenis Yamaha dan Ducati yang dicuri sekitar September lalu.

Beliau berkata, motosikal yang ditemui adalah empat buah Yamaha R25 dan sebuah Ducati Monster bernilai keseluruhan lebih RM80,000.

“Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis oleh seorang mangsa yang kehilangan sebuah motosikal jenis Yamaha R25 di Dengkil pada 18 September lalu.

“Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penahanan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 hingga 44 tahun di sebuah hotel di Sepang dan di Bandar Bukit Mahkota, Kajang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, sindiket dikesan pada awal pagi di kawasan perumahan jenis pangsapuri dengan menyasarkan motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha dan Ducati.

Menurutnya, semakan juga mendapati, kesemua suspek tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Kami turut merampas lima telefon bimbit, lima unit topi keledar dan beberapa helai baju daripada kesemua suspek.

“Siasatan juga mendapati, motosikal yang dicuri akan dijual kepada penagih dadah dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 sebuah,” katanya.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 16 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI