fbpx

Peguam syarie perlu adil, junjung integriti tugas – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUANKU Syed Faizuddin (tiga dari kanan) menyampaikan tauliah beramal kepada salah seorang peguam syarie di Kangar, hari ini.

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap semua peguam syarie mengutamakan kepentingan keadilan dan menjunjung prinsip integriti dalam menjalankan tugas.

Titah baginda, dua perkara tersebut sangat penting untuk dijaga dengan baik supaya imej agama Islam dan kehormatan profesion itu kekal terpelihara.

“Kerjaya peguam syarie adalah mulia kerana sifatnya membantu pihak-pihak yang memerlukan khidmat nasihat perundangan dan perwakilan di mahkamah syariah, justeru pengamal undang-undang syarie dituntut mengamalkan empat perkara berikut.

“Pertama, peguam syarie perlu menguasai ilmu perundangan yang berkuat kuasa di dalam negara dan tidak hanya terhad kepada undang-undang syariah sahaja.

“Ini kerana ada kalanya isu-isu yang diputuskan di Mahkamah Syariah juga berkait dengan undang-undang sivil seperti Perlembagaan Persekutuan Kanun Tanah Negara 1965 dan lain-lain,” titah baginda pada Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Perlis 2023, di sini hari ini.

Baginda bertitah, perkara kedua mereka perlu bersifat amanah, jujur dan berniat baik menegakkan keadilan dalam melaksanakan tugas seperti dituntut agama selain mematuhi Etika Peguam Syarie di bawah Arahan Amalan Mahkamah Syariah No. 4 Tahun 2002. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI