fbpx

Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM160 juta untuk penggiat seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan RM160 juta bagi menyemarakkan industri kreatif, seni dan budaya tempatan.

Menerusi pengumuman tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM90 juta diperuntukkan bagi inisiatif Film in Malaysia Incentive untuk menggalakkan penghasilan filem bertaraf antarabangsa.

“Sejumlah RM60 juta disalurkan di bawah Dana Kandungan Digital untuk mempromosi karya tempatan dan menyokong kandungan berteraskan nilai kenegaraan.

“Manakala, RM10 juta ringgit pula diperuntukkan bagi menyediakan Skim Dana Padanan MyCreative dalam menyokong anak-anak seni dalam penghasilan projek kreatif,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dalam pembentangan sama, pengecualian duti hiburan juga akan diberikan kepada setiap persembahan pentas artis tempatan pada tahun depan.

“Keputusan tersebut dicapai kerajaan susulan keputusan kerajaan negeri Selangor yang menurunkan kadar duti hiburan.

“Kerajaan turut bercadang untuk menurunkan kadar duti hiburan bagi Wilayah Persekutuan daripada 25 peratus kepada kadar baharu.

“Selain itu, pengurangan kepada lima peratus duti hiburan bagi taman tema, pusat rekreasi keluarga, pusat permainan indoor dan simulator,” katanya.

Dalam pada itu, cukai hiburan bagi persembahan pentas artis antarabangsa dan acara lain seperti tayangan filem turut dikurangkan sebanyak 10 peratus,” ujarnya.

Pada tahun lalu, sebanyak 127 juta diperuntukkan kerajaan untuk sektor industri kreatif, seni dan budaya.

Manakala, Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM102 juta bagi mendukung usaha penggiat seni kreatif mengangkat sektor seni dan budaya tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI