fbpx

Enam bulan tidak bersekolah kerana sakit buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Mohd. Saiful yang menderita masalah buah pinggang ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang remaja berusia 13 tahun yang menghidap sindrom nefrotik iaitu masalah buah pinggang sejak berumur empat tahun terpaksa menjadikan Hospital Pulau Pinang (HPP) sebagai rumah ke­duanya sejak April lalu untuk menjalani dialisis.

Biarpun sudah me­nerima sumbangan sebuah me­sin dialisis daripada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi memudahkan rawatan tersebut dilakukan di rumah, namun tidak dapat berbuat demikian.

Ini disebabkan keadaan rumah Mohamad Saiful Mukriz Mahhizan di Selama Perak yang tidak sempurna dan berhabuk serta terpaksa mengharapkan ihsan jiran untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Kehidupannya anak sulung daripada tiga beradik itu tidak seperti remaja lain yang riang bermain dan bergaul mesra de­ngan rakan-rakan

Menurut ibunya, Iza Ramli, 38, berkata, dengan keadaan dirinya yang tidak bekerja dan suaminya, Mahhizan Yaacob, 52, yang tidak mempunyai pendapatan tetap, agak sukar untuk mereka menyediakan kemudahan termasuk elektrik.

Katanya, dia tidak me­nyangka sebaik kisah anak lelakinya itu ditularkan di laman sosial baru-baru ini, ada insan pemurah memberi sumbangan bagi membolehkan sebuah bilik khas dibina di rumah mereka untuk kemudahan Mohamad Saiful.

“Alhamdulillah, bilik itu sudah siap, namun anak saya masih belum dapat keluar dari hospital.

“Mungkin pihak hospital mahu melihat keadaan bilik khas itu terlebih dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk digunakan bagi rawatan dialisis,” katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.

Jelas Iza yang kini tidak lagi bekerja kerana perlu menjaga anak sulungnya itu, bantuan bulanan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka sekeluarga.

“Kami reda dengan keadaan anak saya, mungkin ini ujian buat kami,” ujarnya.
Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun BSN 0899541100231405 atas nama Iza Ramli atau hubunginya di talian 019-328 0573.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI