fbpx

Belanjawan 2024: Malaysia ketiga tertinggi dunia untuk subsidi petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dunia untuk subsidi petrol.

Katanya harga petrol RON95 negara ini adalah antara termurah di dunia dengan kadar RM2.05 sen seliter, malah lebih murah berbanding Arab Saudi, pengeluar minyak utama dunia (RM2.94).

“Jika dibandingkan dengan harga negara serantau yang pendapatan rakyatnya lebih rendah daripada kita: Indonesia pada kadar RM4.45 dan Thailand pada kadar RM5.99.

“Tidak cukup dengan itu, cukai yang kita pungut pula antara yang terendah di ASEAN, yakni hanya 11.8 peratus kepada KDNK ketimbang Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus),” katanya di Parlimen hari ini.

Justeru itu Anwar berkata, sebagai langkah meningkatkan mutu perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat, Kerajaan Perpaduan bertanggungjawab meluaskan asas hasil. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI