fbpx

Belanjawan 2024: Kementerian Pertahanan diperuntuk RM19.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM19.7 bilion, meningkat RM2 bilion berbanding tahun ini.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula diperuntukkan RM19 bilion, juga bertambah RM500 juta ketimbang tahun ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

“Bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara, Kerajaan akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu.

“Ini termasuklah perolehan 12 helikopter baharu Tentera Udara Diraja Malaysia; perolehan aset-aset utama Tentera Darat Malaysia seperti 60 kereta perisai infantri, 50 High Mobility Light Tactical Vehicle
(HMLTV), 6 Hovercraft Integrated Fast Interceptor serta 733 kenderaan sokongan pelbagai jenis.

“Selain itu, kerja-kerja memasang pulih 2 aset kapal selam selain meneruskan perolehan tiga buah Littoral Mission Ship (LMS) Tentera Laut Diraja Malaysia (PDRM); serta perolehan bagi menggantikan aset lama dengan 7 buah pesawat kapal terbang twin engine dan 5 buah helikopter ringan PDRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI