fbpx

Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan hampir tidak kelihatan berikutan jerebu di kawasan di Permas Jaya, Johor Bahru disini. RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat pukul 4.00 petang ini.

Menurut laman rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan berkenaan ialah di Batu Pahat dengan bacaan IPU, 153 dan Larkin (112).

Sementara itu, 48 kawasan lagi merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu antara 51 ke 100, manakala 18 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI