fbpx

[VIDEO] Pikap putih lawan arus di Dungun diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu secara melawan arus yang tular di media sosial semalam.

DUNGUN – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda bikin kecoh apabila dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Batu 7 di sini semalam.

Pemanduan membahayakan tersebut dikesan berlaku di laluan itu pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, perbuatan pemandu kenderaan pacuan empat roda memandu secara melawan arus tersebut berjaya dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang kebetulan melalui jalan tersebut sewaktu kejadian.

“Rakaman video yang menunjukkan kenderaan pacuan empat roda berwarna putih berkenaan dipandu secara melawan arus telah tular di media sosial.

“Siasatan awal percaya kenderaan tersebut keluar dari sebuah persimpangan tidak jauh dari situ sebelum menghala ke arah bandar Paka di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Maizura memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung butiran pemandu kenderaan terlibat agar tampil untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di talian 09-8482222 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Nor Hidayah Kahar (017-5587538). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI