fbpx

Tukang masak miliki ekstasi, ketamin RM446,492

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHRIN (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah yang berjaya dirampas dalam sidang akhbar di IPD Kluang hari ini.

KLUANG – Kegiatan jahat seorang tukang masak mengedar dadah di sekitar daerah Kluang dan Batu Pahat akhirnya tumpas apabila dia ditahan di rumah sewanya di Taman Sam Hoe di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, dalam serbuan pada pukul 11 pagi, lelaki yang diberkas itu berusia 34 tahun.

Ujarnya, sejumlah dadah jenis ekstasi seberat 6,083.18 gram bernilai RM446,492.20 dan 7.70 gram berharga RM1,155 dirampas.

“Senarai rampasan adalah meliputi 88 paket kecil berisi bahan disyaki serbuk ekstasi seberat 19 gram satu peket dan dijual antara RM150 hingga RM300 sepeket.

“Satu peket plastik bahan disyaki serbuk ekstasi seberat satu kilogram yang dijual pada harga RM78,000, empat peket berisi bahan disyaki ketamin seberat 7.70 gram serta lima balang berisi bahan disyaki serbuk ekstasi seberat 3,405.68 gram,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang hari ini.

Menurut Bahrin lagi, selain itu, sebuah kereta Honda Accord turut dirampas dan jumlah keseluruhan rampasan termasuk dadah ialah RM484,747.20.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methampethamin, ketamin dan benzo namun tiada rekod kesalahan lampau.

“Hasil siasatan awal mendapati bahan disyaki dadah ini untuk pasaran di Kluang dan Batu Pahat, namun hanya kepada pelanggan tertentu yang mengenalinya serta boleh menampung keperluan sehingga 1,000 penagih.

“Suspek yang sudah beristeri serta mempunyai seorang anak itu direman selama enam hari sehingga 14 Oktober,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI