fbpx

Toyota lancar kenderaan untuk pemanduan di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Toyota mendedahkan kenderaan konsepnya yang berkuasa elektrik di Bulan. - Foto COVER IMAGES

TOKYO – Syarikat pengeluar kenderaan terkemuka dari Jepun, Toyota memperkenalkan sebuah kenderaan elektrik yang boleh digunakan oleh angkasawan di Bulan dalam langkah untuk menyaingi kereta buatan Tesla, lapor laman berita The Sun semalam.

Syarikat tersebut mendedahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) konsep tersebut yang dikenali sebagai Baby Lunar Cruiser. Ia berkuasa elektrik dan didakwa boleh digunakan di angkasa.

Imej reka bentuk yang dijana komputer menunjukkan kenderaan kompak 4×4 itu berada dalam persekitaran padang pasir yang bertujuan untuk meniru keadaan permukaan Bulan.

Sekumpulan kamera dan penderia mengawal pergerakan kenderaan tersebut dan secara teorinya ia boleh mengesan rupa bumi kasar dan kawah, jenis yang mungkin ditemui di Bulan.

Tayarnya tidak mengandungi udara sekali gus menjelaskan mengenai perubahan tekanan di angkasa.

Kenderaan itu juga akan dapat menahan perubahan suhu di Bulan yang boleh meningkat ke paras tertinggi iaitu 121 darjah Celsius serta terendah iaitu -128 darjah Celsius.

Berdasarkan reka bentuk, ia akan dapat memuatkan dua orang selama 14 hari, selain terdapat tempat duduk belakang yang boleh dilipat untuk menampung penumpang tambahan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI