fbpx

Penganggur didakwa simpan senapang angin tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mat Ruzi (dua dari kanan) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki selaras senapang angin tanpa kebenaran sah pada Februari lalu.

Tertuduh, Mat Ruzi Mat Ali, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki selaras senapang angin di sebuah stor di Kampung Gong Kemuntong Jelor, Pasir Puteh dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 17 Februari lalu.

Mat Ruzi didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukan hukuman maksimum penjara sehingga 14 tahun dan enam sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalna Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalna tidak menawarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 secara spesifik memperuntukan bahawa seseorang yang didakwa atas kesalahan itu tidak boleh dibenarkan jaminan.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI