fbpx

Osimhen dedah perkara paling mahal dibelinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN mendedahkan perkara paling mahal pernah dibelinya setakat ini dalam satu temu bual khas baru-baru ini. - AFP

NAPLES – Bintang Napoli kelahiran Nigeria, Victor Osimhen mendedahkan bahawa dirinya memiliki dua buah ladang yang merupakan hartanah dan pelaburan yang mahal pernah dibelinya.

Penyerang sensasi liga Serie A itu berkata demikian ketika menjawab soalan temu bual khas baru-baru ini yang mahu mengetahui perkara paling mahal yang pernah dibelinya setakat ini.

Menjawab soalan tersebut, Osimhen yang berusia 24 tahun yang membantu Napoli muncul juara Serie A musim lepas berkata, sebagai seorang ahli perniagaan selain seorang pemain bola sepak, sudah tentu dia perlu memiliki aset dengan membeli dua ladang berkenaan, namun enggan mendedahkannya secara terperinci dan nilai hartanah tersebut.

Menurutnya, Osimhen menekakan bahawa kerjayanya sebagai pemain bola sepak adalah sementara sahaja dan disebabkan itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan dengan langkah pertama membeli ladang-ladang.

“Ia sentiasa menjadi yang lebih baik untuk pemain bola sepak mempunyai sesuatu untuk dilakukan selepas tamat karier bola sepaknya pada satu hari nanti.

Baru-baru ini, Osimhen dilaporkan sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas Napoli kerana menyiarkan video memperlekehkan penyerang tersebut di laman TikTok rasmi kelab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI