fbpx

Portal berita MalaysiaNow henti operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MalaysiaNow

PETALING JAYA – Operasi portal berita MalaysiaNow dihentikan bermula hari ini dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Salah seorang petugas portal berita berkenaan memaklumkan Kosmo!, mereka menerima notis penutupan operasi Jumaat lalu.

“Terdapat kira-kira 14 petugas di MalaysiaNow terjejas dengan penghentian operasi ini. Kini kami perlu mencari kerja baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, perkara itu memang sudah dijangka selepas portal berkenaan disekat oleh pihak berkuasa pada Jun lalu.

Kata beliau, keadaan itu membuatkan pelabur berasa khuatir untuk terus bersama portal berita berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di laman sesawang MalaysiaNow mendapati laporan berita terakhir dilaporkan adalah pada 6 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI