fbpx

Mahkamah: Empat rakan dituduh bunuh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat rakan dituduh membunuh lelaki warga emas di Mahkamah Majistret Baling, hari ini.

BALING – Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas di sebuah rumah di Kuala Ketil, di sini pada awal bulan ini.

Mereka ialah S. Sureshkumar, 21; K. Tamilselvam, 25; Sarim Omar, 33, dan C. Vikkaran, 33.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim, Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama melakukan pembunuhan terhadap S. Kanan, 71, di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil antara pukul 3 petang hingga 4.20 petang, 1 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI