fbpx
Armizan

KPDN harap pengukuhan perlindungan jaminan sosial rakyat dalam Belanjawan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu memastikan wujudnya pengukuhan perlindungan jaminan sosial bagi golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sekiranya rasionalisasi subsidi dilaksanakan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, itu merupakan antara perkara yang diharap oleh KPDN agar ia dapat dilaksanakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Belanjawan 2024 termasuk mewujudkan inisiatif perlindungan jaminan makanan.

“Kita sedia maklum kepimpinan negara, Kementerian Ekonomi dan MOF sebelum ini menyebut bahawa kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi dan ia telah pun dimulakan secara berperingkat dengan usaha ini akan mula dipertingkat bermula tahun hadapan.

“Bagi kita, rasionalisasi subsidi perlu hadir bersama-sama dengan perlindungan sosial kepada rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan menengah kerana kita khuatir sekiranya tidak ditambah baik aspek tersebut maka selepas ini ia akan membebankan kos sara hidup,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN