fbpx

Hajat Speedy Tigers belum terkubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki negara masih berpeluang untuk ke Olimpik Paris apabila perlu melalui aksi kelayakan yang bermula Januari ini. - FB MHC

KETUA jurulatih skuad hoki lelaki negara, Arul Selvaraj tidak menolak kemungkinan ada hikmah di sebalik kegagalan mereka memenangi pingat emas Sukan Asia Hangzhou untuk layak automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Bagi Arul, anak-anak buahnya mempunyai peluang terakhir untuk menamatkan kemarau 23 tahun ke Olimpik sejak edisi 2000 di Sydney, Australia dengan menyambar tiket tersebut pada Kelayakan Olimpik bermula Januari tahun depan.

“Sebagai ketua jurulatih, tak pernah sekali pun pemain datang untuk kalah kerana semuanya pergi dengan niat nak menang. Kata-kata seperti tak bagi cukup, tak main untuk lencana itu semua tak munasabah.

“Pemain lakukan pengorbanan besar untuk menang. Saya tiada isu dengan kemahuan dan sikap nak menang kerana mereka sudah beri yang terbaik di atas padang. Cuma kesilapan individu jadi punca kegagalan kita.

“Saya mengharapkan mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku di Sukan Asia. Saya percaya kegagalan ini tidak lama kerana kita akan bangkit semula,” katanya pada sidang akhbar khas di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Menurutnya, Kelayakan Olimpik yang akan diadakan di Muscat, Oman dan Valencia, Sepanyol itu lebih seimbang buat semua pasukan termasuk Speedy Tigers berbanding format kelayakan Olimpik Tokyo 2020 empat tahun lalu.

“Kita ada dua peluang di sana. Pertama sekali kita kena tamatkan saingan sebagai dua pasukan terbaik kumpulan (Kelayakan Olimpik) untuk ke separuh akhir. Kita akan automatik layak ke Paris 2024 jika kita ke final.

“Sekiranya tewas di separuh akhir, kita mesti menang perlawanan tempat ketiga dan keempat kerana hanya tiga terbaik diberikan tiket Olimpik daripada kedua-dua kelayakan (Oman dan Sepanyol) nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI