fbpx

Enam negeri berdepan cuaca buruk tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di enam negeri sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook berkata, antara kawasan terlibat adalah Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang).

“Turut terlibat, Negeri Sembilan (Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Johor (Tangkak, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan seluruh negeri Melaka,” kata kenyataan itu.

Selain itu, beberapa kawasan di Sabah turut dijangka menerima cuaca buruk sama iaitu di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI