fbpx

Dituduh jahat, tiada ‘job’, Nadia Anuar kecewa sikap masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA Anuar kecewa sikap masyarajat yang suka menghukum seseorang tanpa tahu hal sebenar.

PETALING JAYA – Bekas personaliti televisyen, Annuar kesal apabila pendedahan mengenai perceraian dengan bekas suami yang juga usahawan, Hafiz Salleh masih dijadikan bahan sensasi netizen.

Berikutan itu, pemilik nama sebenar Nadia Shahrul Annuar mengakui sudah berhenti bersangka baik terhadap individu yang memilih untuk menjaja keburukan biarpun tidak mengenali dirinya.

“Saya sudah putus asa dengan masyarakat sekeliling. Apabila saya memilih tidak bercerita kisah hidup saya, mereka buat andaian, apabila saya berterus-terang, mereka menghukum,” katanya dalam Instagram.

Nadia yang juga bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) turut terkilan dengan tohmahan serta fitnah yang bertebaran dalam laman sosial seolah-olah netizen tahu kehidupannya.

Dedah Nadia, ada di antara individu tersebut mendakwa dirinya sebagai pembawa masalah namun belum sampai masa untuknya bersuara.

“Satu hari nanti, saya akan dedahkan kisah saya. Buat masa sekarang, teruskan bercakap mengenai saya. Ketawalah sekiranya anda rasa itu akan membuatkan kehidupan anda lebih baik dan tenang.

“Mereka kata Nadia Annuar duduk rumah kecil lepas cerai, Nadia Annuar tak ada ‘job’ dah, padan muka dia, Nadia Annuar tak dapat hak penjagaan dua anak, mesti dia yang jahat dan  Nadia Annuar ni kena cerai sebab itu ini.

“Inilah masalah masyarakat kita, bila cerita dijaja maka seronok anda bercakap, bila tak diceritakan pandai-pandai buat bahan jajaan sendiri. Salahkah saya menjaga aib kami? Berdosakan kami kepada anda sekiranya tidak bercerita?,” luahnya.

Minggu lalu Nadia membuat pengakuan ikatan perkahwinan dengan Hafiz sejak 2015 sudah berakhir tanpa  menyatakan butiran lanjut. Hasil pernikahan, mereka mempunyai seorang cahaya mata, Dya Naylaa, yang kini berusia tujuh tahun, manakala menerusi perkahwinan terdahulu Nadia dikurniakan seorang putera, Mohamed Aaron Erwin, 14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI