fbpx

Anwar terima kunjungan Pengerusi Geely

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat daripada Eric Li (tiga dari kanan) dan Syed Mokhtar (dua dari kiri) hari ini

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd. (Geely), Li Shufu (Eric Li), dan tokoh perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Shah Syed Nor Albukhary hari ini.

Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu adalah bukti bahawa Geely menyusul pelaburan komited berjumlah RM32 bilion yang telah diumumkannya sebagai sebahagian daripada hasil lawatan rasmi beliau ke negara China pada akhir Mac tahun ini.

“Sayugia, Geely merupakan gergasi automotif dunia dan juga rakan kongsi strategik konglomerat Malaysia, DRB-HICOM.

“Dalam pertemuan ini, Geely berkongsi perancangan mereka bagi meningkatkan lagi pelaburan di Malaysia, ini termasuklah memperkukuhkan Malaysia sebagai hub pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport,” katanya di sini hari ini.

Turut hadir pada pertemuan ktu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain itu katanya, Geely akan meningkatkan penyertaan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan serta penyediaan tenaga mahir tempatan yang selari dengan keperluan industri pada masa hadapan.

“Moga yang dirancang ini akan membuahkan hasil kepada ekonomi negara, Insya-Allah,” tambahnya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan akan berjumpa dengan pengeluar syarikat kereta China, Geely di Tanjung Malim, Perak esok untuk meneliti projek pelaburan AS$10 bilion (RM45.3 bilion) dan meneroka kemungkinan memperluaskan projek automotif berteknologi tinggi itu.

Anwar berkata perjumpaan dengan Geely juga akan sekali gus menolak khabar angin oleh pihak tertentu bahawa projek pelaburan itu telah gagal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI