fbpx

MAIPk terima zakat perniagaan berjumlah RM16.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (kanan) berkenan menerima zakat perniagaan daripada 11 syarikat korporat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini. - Foto MAIPk

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima zakat perniagaan bernilai RM16,861,352.52 untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) daripada 11 syarikat korporat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Tenaga Nasional Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Kawalselia dan Pengurusan Pemegang Taruhnya, Datuk Shamsul Ahmad dengan jumlah RM6,356,000, manakala Lembaga Tabung Haji diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Hamadah Syed Othman (RM6,214,543.09).

“Seterusnya ialah Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab. Halim (RM1,060,000).

“Kemudian ialah Bank Rakyat dengan jumlah RM773,987.00 yang diserahkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya, Nor Haimee Zakaria, diikuti oleh FGV Holdings Berhad yang diwakili oleh Tan Sri Rastam Mohd Isa iaitu Pengerusinya (RM707,199),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, turut menunaikan zakat perniagaan ialah Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad dan Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad dengan jumlah RM500,000 yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Nor Azman Zainal.

Shahrul Azam berkata, Maybank Islamic Berhad yang diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Mohamed Rafique Merican menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM437,597.51.

“Turut menyampaikan zakat ialah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, Mohd. Rosli Basri (RM249,428.19) dan Agrobank yang diwakili oleh Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pegawai Eksekutifnya (RM241,303.47).

“Bank Muamalat Malaysia Berhad dengan jumlah RM221,294.26 diwakili oleh Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosialnya dan diakhiri oleh Public Islamic Bank Berhad diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syamsul Azuan Ahmad Fauzi (RM100,000),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI