fbpx

Aib dan bangkit kemarahan Naib Canselor, graduan UM didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yan Ke ketika hadir di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang graduan lelaki Universiti Malaya (UM), yang menghina Naib Canselor dalam satu istiadat konvokesyen universiti itu empat tahun lalu didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Yan Ke, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan tersebut.

Sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara selama tiga bulan dan tertuduh membayar denda berkenaan.

Pada Februari 2020, Yan Ke mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Yan Ke didakwa dengan sengaja telah mengaibkan serta membangkitkan kemarahan Naib Canselor UM, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim dan tetamu (ketika kejadian) pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-59 di Dewan Tunku Canselor UM di sini pukul 10 pagi pada 14 Oktober 2019.

Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman manakala Yan Ke diwakili peguam T. Shahi Deven.

Sepanjang perbicaraan, 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan.

Terdahulu pada 14 Oktober 2019, ketika istiadat konvokesyen itu, Yan Ke membawa plakad ke dalam Dewan Tunku Canselor UM untuk mendesak pemimpin universiti meletakkan jawatan sambil melaungkan perkataan ‘Tolak Rasis’; ‘Undur VC’ dan ‘Ini Tanah Malaysia’.

Ia dipercayai ditujukan kepada Dr. Abdul Rahim yang menurut graduan itu telah menggunakan nama UM untuk politik kaum dan kepentingan parti semasa Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) UM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI