fbpx

Luahan pembaca: Mansuh pencen menteri, ganti caruman KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencen ahli politik dan menteri perlu dimansuhkan dan ditukar kepada caruman KWSP. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Saranan untuk memansuhkan pencen wakil rakyat dan menteri perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Daripada memberi pencen, lebih baik mereka mencarum ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sama seperti orang lain.

Saya amat setuju dengan saranan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu pencen ahli politik tidak adil kerana mereka turut menerima pencen lain.

Antara pencen yang diterima ialah Ahli Parlimen, menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan speaker. Itu belum dikira jika ahli politik ada jawatan dalam GLC.

Jika dakwaan ini benar, kerajaan perlu mengambil langkah drastik kerana kita tidak boleh menggunakan wang negara untuk menampung ahli politik.

Lebih elok jika wang itu disalurkan kepada perkara berfaedah untuk rakyat.

Ahli politik seharusnya bekerja dengan ikhlas.

Dr. Muzaffar Syah Mallow
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI