fbpx

Lapan negeri alami cuaca buruk malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda negeri-negeri Pantai Timur serta beberapa kawasan lain di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak malam ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Sementara itu, beberapa tempat di negeri Kedah, Perak dan Selangor turut diramal mengalami hujan lebat.

“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI