fbpx

Israel perlu henti serangan, masyarakat antarabangsa perlu bertindak – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA – Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan tegas untuk memaksa Israel menghentikan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan di Semananjung Gaza.

Ini kerana kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Israel mesti menghormati resolusi antarabangsa yang telah diputuskan melalui Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan mengakui hak serta sejarah rakyat Palestin.

Malah katanya, masyarakat antarabangsa mesti menghalang peristiwa ini daripada menjadi alasan untuk serangan baharu Israel yang mengancam nyawa orang awam Palestin di Gaza.

“Adalah penting bagi masyarakat antarabangsa berdiri bersama untuk menangani krisis ini dan berusaha ke arah penyelesaian yang aman dengan menghormati hak rakyat Palestin,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, PN mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin yang adil dan hak yang sah bagi rakyat Palestin.

Katanya, PN dengan tegas menyokong penubuhan negara Palestin merdeka berdasarkan sempadan tahun 1967.

“PN juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan segera dengan mengusulkan mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengecam pencerobohan Israel dan menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin.

“PN juga mengutuk pencerobohan berulang kali terhadap Masjid Al-Aqsa yang ternyata menjadi antara sebab utama peningkatan ketegangan di rantau itu,”katanya.

Berdasarkan laporan media, sehingga kini lebih 400 penduduk Gaza terkorban dan kira-kira 2,300 orang lagi cedera dalam serangan balas yang dilancarkan rejim Zionis Israel ke atas pejuang Palestin sejak kelmarin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI