fbpx

Bot pom-pom bawa 25 PATI dipintas di Pulau Carey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot pom-pom yang dipintas membawa 25 PATI tersebut.

KUALA LANGAT – Sebuah bot pom-pom yang membawa 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan selepas dipintas ketika cuba keluar negara secara haram di pantai Pulau Carey, hari ini.

Kesemua PATI termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang berusia empat hingga 53 tahun ditangkap Pasukan Polis Marin (PPM) Klang kira-kira pukul 1 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh, bertindak maklumat sepasukan anggota PPM telah ke lokasi kejadian dan memintas sebuah bot kayu jenis pom-pom.

Katanya,susulan itu membawa penahanan dua lelaki warga asing yang bertindak sebagai tekong.

“Hasil pemeriksaan dalam bot kayu itu terdapat 13 lelaki, 11 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri.

“Soal siasat kemudiannya kesemua warga asing itu mengaku ingin keluar negara ini melalui jalan tidak diwartakan,” katanya hari ini.

Jelas beliau, kesemua PATI dan tekong kini direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Kata Ahmad Ridhwan, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 ,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI